Isnin, 23 Julai 2012

Doa harian ~


Doa Selepas Solat
Maksudnya:
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

 Doa Ketika ditimpa bencana / Di dalam Kesusahan

"Laa ilaa ha illaa anta, subhaa naka inni kun tum minaz zoolimiin"

Maksudnya:

"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, Maha suci Engkau Sesungguhnya aku telah tergolong daripada orang-orang yang zalim."

Khamis, 19 Julai 2012

Somebody That I Just Knew


Rasanya seperti sudah lama kami berkenalan. Padahal Cuma satu minggu bersamaan 7 hari. Mudah-mudahan rahmat Allah sentiasa merimpah. Setiap kali kami berbalas kata-kata, aku merasakan aku cukup kerdil dihadapan Tuhanku. 

Sudah banyak dosa yang ku lakukan, pahala yang ada belum tentu dapat menebus dosa-dosa besar selama 25 tahun aku hidup. Seandainya aku mati sekarang, sudah semestinya neraka jahannam pasti menunggu. 

Setiap kali aku membaca teks kirimannya, airmataku tidak berhenti mengalir. Alangkah elok seandainya airmataku itu boleh memadamkan dosa-dosaku yang lalu.. Moga-moga Allah sentiasa merahmatinya.. 

Ya Firdaus, aku tak layak berdiri disisimu. Kaulah satu-satunya sahabat yang ingatkan aku tentang kematian. Jadi sahabatmu sudah amat memadai bagiku.. Walaupun aku berharap agar Allah menjanjikan ku masuk ke Syurga Firdaus, tetapi masa silamku membuatkan diri merasa begitu hina untuk masuk ke syurga itu.

Ya Allah Ya Tuhan, ampuni dosa-dosaku, dosa-dosa ibubapa ku yang telah memelihara aku sejak kecil, ampunilah dosa-dosa saudara kandungku, ampunilah dosa-dosa jiran tetangga ku, ampuni dosa teman-temanku, dosa-dosa kaum muslimin dan muslimat. Juga ampuni dosa-dosa orang yang menyakitiku, ampuni dosa-dosa orang yang telah ku sakiti.. Akhir sekali, Engkau ampuni dosa bakal suamiku ya Allah.. Engkaulah Yang Maha Pengampun Lagi Maha Pengasih..

Date: 20.07.2012
Time: 12:08noon