Rabu, 24 Oktober 2012

Aku yang Kesepian


Apalah nasih aku… Tidur tak lena, makan tak selalu kenyang, mandi tak selalu basah. Maklumlah hidup merantau di negeri orang, tak sama dengan negeri sendiri. 

Tapi paling best, bila aku tak payah guna paspot pun! Guna jalan tikus ke, jalan menyeberang laut china selatan ke, atau jalan sempadan pun gua boleh gerenti tak kena tangkap punya la! Tapi… hidup aku selalu sunyi sepi. Tak ada teman berbicara. Kalau terserempak dengan kawan baru, semuanya khianat! Tak boleh berkerjasama langsung. No teamwork! Alih-alih aku jugak jadi mangsa keadaan. Untuk tidak mengeruhkan keadaan yang memang dah keruh, aku pergi mengundur diri, membawa nasib diri sendiri…

Bukan aku tak ada kekasih, Cuma… keadaan memaksa kami berpisah. Mak bapak dia tak merestui percintaan yang kami bina baru dua bulan. Akhirnya kami terpisah antara dua benua, aku di borneo dia dia semenanjung. Tapi berlainan bulu tidak mematahkan semangat ku untuk meraih cintanya…… Aku berusaha gigih untuk menawan hati ibubapanya tetapi masih hampa kerana seekor ikan! Suatu hari, aku mendapat ikan besar yang ku curi dari jiran sebelah, tetapi bapaknya langsung tidak impressed. Malah, dia menunjukkan kebolehannya menangkap ikan yang dua kali ganda besar dari yang ku dapat. 

Akhirnya aku mengalah. Walaupun aku masih berpegang kepada motto ‘ mengalah bukan bererti kalah,’ tetapi kerana keadaan memaksa kami berpisah sementara aku mencari penempatan yang baru dan lebih baik untuk kekasih yang ku sayang. Baby, wait for me… I’ll come back to you. 

Akulah satu-satunya kucing Siam yang punya harapan untukmenghadapi liku-liku kehidupan yang lebih mencabar di masa depan.