Jumaat, 28 September 2012

Proott ~



Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak..akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendamsebab lama tak pekena telur rebus.

Sebelum aku masuk kerumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler...


Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia...


Aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!...

fuhh lega...

bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia powergila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'.


Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat..lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni..


Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong...ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!
.

NAK KAYA TAK?







NAK KAYA TAK?

Sewaktu si mamat dalam perjalanan manaiki kereta untuk pulang ke KL daripada JB melalui lebuhraya, beliau berhenti rehat di salah sebuah hentian. Sewaktu berehat maka datanglah kepadanya seorang tua yang berpakaian agak compang-camping lalu menegurnya,

"Anak nak ke mana?".

Si mamat menjawab ringkas, "KL"

Orang tua itu bertanya lagi, "Boleh pakcik tumpang sampai ke Pagoh" dan dijawab oleh si mamat tadi "Ehm... bolehlah." Lantas orang tua itu masuk dan duduk di dalam keretanya.

Dalam hati si mamat berkata, "Hai, siapalah orang tua nii, orang ke atau???" Beliau meneruskan perjalanannya.

Sebaik menghampiri Pagoh,orang tua tadi bertanya, "Anak nak kaya tak?" Si mamat tersentak dan berkata dalam hati, "Nak buat lawak lah orang tua ni. Nak bagi aku kaya
pulak. Orang tua ni nak bagi aku nombor agaknya. Atau nak menguji aku?"

Si mamat pun jawab, "Tak apalah pakcik, hidup sederhana pun cukup.
Kalau kaya nanti lupa diri pulak"

Orang tua tu tak bertanya lagi. Dalam hati si... mamat berkata mungkin jawapannya adalah yang terbaik takut-takut itu hanya ujian daripada orang tua tadi.

Kemudian orang tua tu tanya lagi, "Anak nak kaya tak?"

Si mamat jawab serupa yang tadi, "Tak apalah pakcik, saya lebih senang hidup sederhana".Bila sampai di Pagoh, orang tua itu minta diturunkan lalu berkata, "Tu, pakcik ada tinggalkan satu botol kaya cap kipas udang untuk anak sebagai tanda terima kasih kerana tumpangkan pakcik.

Terima kasih, ya nak." lalu orang tua tu turun dari kereta.

Si mamat tersipu-sipu malu lalu menjawab.... .

"Terima kasihlah pakcik" lalu meneruskan perjalanan.. ..

Khasiat Kangkung


Petua Khasiat Kangkung

Petua khasiat kangkung untuk rambut untuk rambut berkelemumur:
1.         Ambil kangkung
2.       Bersihkan kangkung tadimenggunakan air yang bersih
3.       Ikat kangkung tadi dengan menggunakan tali
4.       Jual kangkung yang telah siap di ikat tadi di pasar
5.       Duit hasil jualan kangkung tadi bolehlah digunakan untuk membeli syampu anti kelemumur.

Selamat mencuba ~

Rabu, 26 September 2012

Advice of the day


Rasulullah berpesan: 

"Wahai Ali, ada tiga perkara jangan di tunda-tunda, Apabila solat telah tiba waktunya, jenazah apabila telah siap penguburannya dan perempuan apabila telah datang seorang lelaki yang sepadan meminangnya. " 

(Hadis Riwayat Ahmad)


"Apabila datang kepadamu seorang lelaki untuk meminang dan engkau redha terhadap agama dan akhlaknya maka nikahilah dia. Bila engkau tidak lakukannya maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi."

(Hadis Riwayat Tarmizi dan Ahmad)


"Orang yang berzikir kepada Allah di tengah-tengah orang yang lalai ibarat sebuah perpohonan yang hijau di tengah perpohonan yang kering."

Selasa, 25 September 2012

NajwaLatif, Syamkamarul Ft SleeQ-Sahabat

Cikgu Murni


Kisah Cikgu Murni Dengan Anak muridnya
Seorang guru, Cikgu Murni yang berumur 22 tahun menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut: "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"

Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di Darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama." 

Cikgu Murni sudah tidak tertahan dengan karenah Abu kemudian dia membawa Abu ke pejabat Pengetua. Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni menerangkan keadaan tersebut kepada Pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan memberikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di Darjah 3 dan haruslah berkelakuan baik. Abu dibawa ke pejabat Pengetua dan Abu bersetuju untuk mengambil ujian tersebut.

Pengetua : Apa 3 x 3?
Abu :9
Pengetua : Apa 6 x 6?
Abu : 36

Pengetua terus bertanyakan soalah2 berdasarkan tahap UPSR dan Abu mampu menjawab setiap soalan dengan betul. Pengetua memandang Cikgu Murni lalu berkata , "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di Darjah 6." 

Tiba-tiba Cikgu Murni mencelah, " Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?" Pengetua dan Abu bersetuju. 

Cikgu Murni : Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua? 
Abu : (berfikir) Kaki

Cikgu Murni : Apa yang ada di dalam seluar kamu tetapi tidak pada seluar saya.
Abu: Saku

Cikgu Murni : Apa yang bermula dengan huruf "K" berakhir dengan huruf "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan?
Abu : Kelapa

Cikgu Murni : Apakah yang masuk keras dan berwarna 'pink' bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, Abu terus menjawab,

"Gula-gula getah (bubblegum)"

Cikgu Murni : Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk, anjing secara tiga kaki?" 

Mata Pengetua sekali lagi terbuka seluasnya dan belum sempat dia menahan, Abu menjawab,

"Bersalaman."

 Cikgu Murni : baik, sekarang saya ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay?
Abu : Baik Cikgu.

Cikgu Murni : Awak memasukkan batang ke dalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.

Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni.

Abu : Khemah.

Cikgu Murni : Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapatkan saya dahulu.

Pengetua semakin kurang selesa lalu meneguk Nescafe 3 dalam 1.

Abu : Cincin perkahwinan

Cikgu Murni : Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit, saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, saya berasa lega.

Pengetua terasa amat resah dan ingin membantah tetapi Abu mendahuluinya.

Abu : Hidung

Cikgu Murni : Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya.
Abu : Anak panah

Cikgu Murni : Sekarang saya ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay?
Abu : Okay

Cikgu Murni : What word starts with 'F' ends with 'K' & if you don't get it you have to use your hand. 
Abu : Fork

Cikgu Murni : What is it that all men have one of. It's longer on some men than to others, then pope does not use his, and a man gives to his wife after they get married?
Abu : Surname

Cikgu Murni : Which part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping?
Abu : heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan si Abu lantas berkata, "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya, jawapan yang saya fikirkan semuanya salah." 


Date: 25th Sept 2012
Time : 16 40 p.m.