Dah masuk Bab 10 kisah aku, tetapi aku masih tidak tahu cara terbaik menerangkan kepada gadis ini yang aku tak mahu perkara yang sama berlaku kepada kakakku terjadi pada dirinya. Huhh tapi tiada siapa dapat melawan kedegilan perempuan ini!
Aku ingat everything is over! Dia sudah give up dan buat hal sendiri.. Tiba-tiba semalam dia cakap bukan-bukan pulak. Dia boleh tanya aaku why can't we be together? Aku dah cakap terang-terang, "I have no money, I am not working. You deserve better guy."dia tak reti jugak!
Ohh perempuan, faham la sikit. Orang dah tak suka, tak payah terhegeh-hegeh. It's not worthed la. Setakat muka biasa-biasa, bila-bila masa I boleh dapat. Masalahnya sekarang, aku belum terbuka hati nak bercinta, ada faham? Dahlah stress as jobless belum habis lagi, ni nak tambah stres lain pulak.
"I have one question for you. Please give me an honest answer." Dah berkali-kali aku tanya soalan ni. "Why do you like me? Why I am the chosen one? Is it because of my good looking feature?" Aduhh.. Bodohnya soalan. Itu riakk namanya.
Dia menjawab sambil mengerdipkan matanya beberapa kali. Nak tunjuk muka seposen lah tu. "No.. I like you for no reason."
Dia boleh bagi jawapan macam tu? Oh God, please help me. Aku bukan nak dengar lawak bodohlah. Itu bukan jawapan yang aku nak.. Aku rasa macam nak.. hentak je kepala aku kat dinding kalis peluru ni. Kenapalah aku jumpa perempuan ni kat dunia ni?
Gurl! Kau tahu tak, you are too damn good for bad person like me. That's why I don't deserve you! Dah dual language aku pakai, entah bahasa apa lagi yang boleh buat dia paham.
Yang buat aku geram sangat tu bila semua yang berlaku between us ni dia boleh buat buku pulak. Siap show-off kat aku lagi. Dia boleh tanya lagi, "Okay tak story kita? Kalau ada yang kurang, pandai-pandai lah tambah sendiri ok." hey ingat ni sambal ayam masak cili api ke main tambah-tambah pulak? Dia ingat aku dengan dia macam Prince William dan Kate ke buat kompilasi Love Story. Setakat Brad Pitt dengan Angelina Jolie aku boleh terima lagi.
Satu lagi dia buat aku menjerit to the MAX (dalam hati je la) bila semua monolog untuk karaktek aku dalam dia tu beza sangat daripada my real feeling. Bila aku rasa sedih, dia tulis watak aku marah pulak! Nonsense apa ni? Arghh! Aku ingat selama ini dia lah satu-satunya makhluk yang amat memahami perasaanku. Tidakkkkkkkkkkk... Aku buat push-up 100 kali lagi baik!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan