Doa Istikharah
Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon
takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang
amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak
mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau
mengetahui segala perkara ghaib.
Wahai tuhanku
sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku
dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku
selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya
untuk ku dan berkatilah aku padanya.
Sekiranya Engkau ketahui bahawa
perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di
dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah
daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku.
Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini
orang yang redha atas ketentuanMu.”
Aminn Ya Rabbal Alamin..
Jam: 11:10 am
Tarikh: 03 Apr 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan