Apalah nasih aku… Tidur tak lena, makan tak selalu kenyang,
mandi tak selalu basah. Maklumlah hidup merantau di negeri orang, tak sama
dengan negeri sendiri.
Tapi paling best, bila aku tak payah guna paspot pun! Guna
jalan tikus ke, jalan menyeberang laut china selatan ke, atau jalan sempadan
pun gua boleh gerenti tak kena tangkap punya la! Tapi… hidup aku selalu sunyi
sepi. Tak ada teman berbicara. Kalau terserempak dengan kawan baru, semuanya
khianat! Tak boleh berkerjasama langsung. No teamwork! Alih-alih aku jugak jadi
mangsa keadaan. Untuk tidak mengeruhkan keadaan yang memang dah keruh, aku
pergi mengundur diri, membawa nasib diri sendiri…
Bukan aku tak ada kekasih, Cuma… keadaan memaksa kami
berpisah. Mak bapak dia tak merestui percintaan yang kami bina baru dua bulan.
Akhirnya kami terpisah antara dua benua, aku di borneo dia dia semenanjung. Tapi
berlainan bulu tidak mematahkan semangat ku untuk meraih cintanya…… Aku
berusaha gigih untuk menawan hati ibubapanya tetapi masih hampa kerana seekor
ikan! Suatu hari, aku mendapat ikan besar yang ku curi dari jiran sebelah,
tetapi bapaknya langsung tidak impressed. Malah, dia menunjukkan kebolehannya
menangkap ikan yang dua kali ganda besar dari yang ku dapat.
Akhirnya aku mengalah. Walaupun aku masih berpegang kepada
motto ‘ mengalah bukan bererti kalah,’ tetapi kerana keadaan memaksa kami
berpisah sementara aku mencari penempatan yang baru dan lebih baik untuk
kekasih yang ku sayang. Baby, wait for me… I’ll come back to you.
Akulah satu-satunya kucing Siam yang punya harapan
untukmenghadapi liku-liku kehidupan yang lebih mencabar di masa depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan