Rabu, 7 November 2012

SECRET RECIPE


SECRET RECIPE

Apa yang aku cuba nak kongsikan hari ini, bukanlah resepi bonda atau resepi rahsia yang diperkenalkan oleh Restoran Secret Resipe tu. Bukan jua resepi rahsia nak mengambil hati mertua atau hati pasangan (sebab aku takde pengalaman dalam bidang tu pun).
Aku nak share peraturan-peraturan (RULES) bagaimana nak ‘mencuri idea’ ! Yes, kadang-kadang to be original is quite susah, double susah untuk orang yang suka sangat cloning. The best way is stealing someone’s idea. Percaya atau tidak, kebanyakan orang berjaya juga membuat perkara yang sama. Bezanya cuma membuat hak cipta (copyright) sendiri. 

Berikut ialah beberapa peraturan yang boleh diaplikasikan:
Rules #1: Expand your networking
Yes, by expanding your networking, ia memberi peluang dan ruang untuk menciplak lebih banyak idea orang lain. Kenal ramai orang, tanpa mengira latar belakang. Kebanyakan brilliant ideas come from bad people and creative ideas come from kids. Sekali sekala tu, elok jugak spend some times dengan anak jiran sebelah… I mean bukan ANAK DARA jiran sebelah tapi budak kecik. Satu kajian mendapati, daya kreativiti budak-budak lebih tinggi berbanding orang dewasa. Oleh itu, ramaikan kenalan mulai hari ini!

Rules #2 : Act stupid to be smart
Nasihat bernas, to act stupid to be smart. Kadang-kadang kita perlu bersikap bodoh dan berpura-pura tidak tahu apa-apa untuk belajar sesuatu. Sebab, sekiranya anda berlagak pandai, orang sekeliling pasti merasa meluat, menyampah dan enggan bekerjasama.  Sekiranya anda seorang pelajar, anda ingin menjadi pelajar yang cemerlang. Cuba merujuk soalan metamatik kepada pelajar terbaik di dalam kelas anda dan bagi sepenuh perhatian terhadap setiap penjelasannya. Walaupun anda mungkin tahu jawapan bagi soalan tersebut, sedikit sebanyak anda belajar darinya. Jika anda tidak mempunyai banyak idea bagaimana untuk mengolah cerita karangan esei, cuba dekati orang-orang yang pandai. Ambil sedikit sebanyak idea mereka dan ubah ending cerita!

Rules # 3: Google it!
Di dalam dunia serba canggih, media elektronik begitu berguna sekali sekiranya kita pandai menggunakan sebaik mungkin. Terdapat banyak idea-idea yang bernas dan kreatif yang kita boleh dapati di hujung jari anda. Jangan mudah berkata “NO” setiap kali orang menguratakan soalan kepada anda. Cuba sebaik mungkin mencari jawapan. Mungkin ini juga tips terbaik untuk menghadapi temuduga!

Rules # 4 : Read more
Banyakkan membaca majalah, surat khabar, novel, buku-buku fiksyen dsb. Umumnya, membaca semestinya member banyak manfaat kepada diri sendiri. Malah sekiranya ilmu itu dikongsi bersama orang lain semestinya akan memberikan impak yang positif terhadap Negara. Two head is better than one – dengan berkongsi masalah / word problem boleh membuka jalan untuk menyelesaikan masalah anda. 

Rules #5 : Sharing is caring
Anda pasti mendengar ungkapan ini tetapi sejauh mana anda sudi berkongsi pengalaman dan masalah dengan orang lain. Human is made to help each other. So, jangan malu-malu mengutarakan masalah. Sesetengah orang lebih selesa berkongsi dengan teman rapat, tetapi sesetengah yang lain lebih selesa dengan stranger/ orang luar. Kenapa?? Tepuk dada, tanya selera… :D Kebanyak orang yang berjaya juga belajar dari orang yang lebih berpengalaman. Sekalipun orang itu berkongsi dirty way to steal someone’s idea to invent something better! 

Selamat mencuba ~ 


Tarikh : 8th Nov 2012
Masa : 11:45 a.m. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan