Pelik perempuan ni! Selama aku hidup 21 tahun 3 bulan ni, tak pernah aku jumpa perempuan sepelik ni. Dah la perangai macam budak-budak. Bila dah merajuk tu, tak tengok kiri kanan lagi. Satu hari, dia nak beli baju untuk aku. Aku shy la… Yelah, selama ini, aku beli untuk diri aku sendiri. Tak pernah pulak orang lain belikan.
“I won’t take from you.” Itu saja aku mampu cakap bila both of us jalan-jalan around MEN’s Department. Kesian jugak aku tengok dia buat mimik ‘Puss-in-the-boot.’ Tapi aku tak nak dia membazir macam tu je. Esok-esok aku boleh beli lah baju. Lepas tu, selamba je dia berlalu melangkah beralih ke WOMEN’s department. Aku pun ikut dia kemana dia pergi.
“Rina… Rina…” Habis satu corner sebesar kangkang kera tu dia pergi, takkan suara semacho aku ni tak dengar. Hahh! Dah mula la tu, merajuk! Aduhhh.. Perempuan nie, aku gigit-gigit, cubit pipi dia baru dia tahu!
Pening kepala I. “Ehh rina… Jangan lah macam nie… Tengoklah muka hensem I nie,” Aku cuba memancing pehatiannya. Dia masih selamba, macam angin je cakap aku. Memang sah! Aku dah jadi invisible depan dia. Adik dia ni tak pulak back-up aku. Ntah mana dia pergi, macam tahu je ada krisis rumah tangga kat sini.
“Yess.. what’s your name? Okay, later I call you, okay.” Dia mula menjeling. Wahhh… menjadi jugak taktik aku bercakap sorang-sorang. Entah apa pulak kata orang lalu lalang tadi tengok aku berdrama kat sini =.= “Talk to me la, please…” Kata orang, krisis rumahtangga tak boleh dibiarkan lama-lama, nanti dah retak siapa nak bandage?
“Don’t talk to me until you chose one shirt for yourself.” Kata Rina tegas, dengan matanya yang bulat-bulat macam panda tak cukup tidur.
“Rina… Jangan buat macam ni, depan orang… “ Mulutku masih menyambung beberapa ayat tanpa suara yang aku sendiri pun tak faham. In other words, aku nak bagi tahu kat dia, don’t waste money for me. Save for future. Tapi dia buat tak dengar.
“I told you, don’t talk to me. Otherwise I simply choose one for you.” Dia dah naikkan kening, nak tunjuk garang la tu. Kalau naik satu inci lagi sebijik macam kening Ziana Zain dah aku tengok.
“Okay sure.” Huh… Cair aku tengok muka dia ni. Comel sangat! Takpe, mengalah tak bermakna kalah! Ikut suka hati dia je la… Nanti susah pulak aku kena tinggalkan tepi jalan, tumpang bas balik rumah. Perempuan macam ni memang sampai hati.
Wahhh.. sepantas kilat, kaki dia pantas mendekati MEN’s Department dengan senyuman tanda kemenangan. Hahh… Suka lah tu! “What’s your size?” Tanya Rina ambil membesarkan sebelah matanya.
“Err.. tak tahu.” Aku masih dapat merasakan kegarangan di matanya. Lagaknya macam polis wanita menyoal pencuri sambil mengacukan pistol di dahi pencuri tersebut. Jawab tak jawab pun gerenti kena tembak.
“Hah? Tak tahuu?? “ Rina mengecilkan matanya. Ohh Tuhan, Selamatkan lah aku.
“M… “ Aku menjawab perlahan. God, I wish to be home now =.= Aku rasa pening-pening dah ni. Dah lah hidung tersumbat, kena soal siasat pulak.
“Saiz M takde la…” Hadi, adik Rina menyampuk. Kalau aku yang cakap tadi, memang sah-sah dah kena tembak. Kecut juga aku tengok bila dia toleh memandang tajam mata adik dia.
“Ada la… Cari betul-betul. Kalau tak dapat jugak, mana salesman kat sini. Boleh tolong kita cari sama-sama.” Degilnya perempuan ni..
“Ya, ada apa cik? Boleh saya tolong?” Aduh pelakon tambahan mana pulak ni? Aku dah start happy dia tak dapat cari saiz aku tadi, tiba-tiba ada volunteer tanpa di undang pulak menghulurkan bantuan perkhidmatan membantu Rina.
“Err, boleh tolong cari saiz M tak? For this design… And must be black. “ Fuhh… Macam princess aku tengok Rina ni, bagi arahan je mesti orang ikut.
“Cik, black colour takde, Warna putih je. “ Hero tambahan itu pun menhulurkan beberapa helai baju putih yang mempunyai sama corak tetapi berlainan saiz kepada Rina. Lantas dia pun berlari-lari anak ke arah pembeli lain yang baru sampai. Agaknya dah fed-up dengan perangai bossy Rina tadi kot.
Aku pun dah mula bosan lalu berkata, “Takpe lah, cantik lah ni. Saya cuba, okay.” Kesian jugak aku tengok dia susah payah cari saiz aku.
Aku mengambil baju yang dipilihnya dan berjalan kearah bilik persalinan. Hmmm nice jugak baju ni. Pandai dia pilih. Good taste! Lalu ku buka sedikit pintu bilik, cuba mencari kelibatnya yang berada tidak tidak lebih 3 meter dari bilik tersebut. “Psst… Psst… Kesini lah kejap..”
“Hmmm… Nice! Saiz berapa ni?” Perempuan ni cakap takde perasaan. Orang dah try hard ambik hati dia, NICE je dia mampu cakap ke?
“Saiz S.” Aku turn my body 360, supaya dia nampak saiz baju tersebut di belakang tengkuk ku.
“Hmm okay, then. Beli ni je. So… Take off now!” Terkejut beruk aku dibuatnya. Is it the real she ke cakap macam tu. Siap berdiri depan pintu bilik persalinan lagi. Malu lah aku buka baju depan orang, kalau body aku 6 packs takpe jugak, ni baru 2 packs..
“Hahaha.. Okay, take your time.” Dengan selamba je dia berlalu macam tu. Seronok sakan sakat aku. Heii… Perempuan ni, memang nak kena cium.
Itulah kisah sepetang aku bersama dia. Satu babak boleh muat 2 muka surat. Itu belum lagi aku cerita kisah 2 bulan yang lepas. 2 kali 60 hari sama dengan 120 muka surat.Waa..dah macam telenovela Spanish, boleh tahan!
31st May 2012
11:55 pm
Tiada ulasan:
Catat Ulasan